Last updated : October 2020
AIG Malaysia Insurance Berhad (“AIG Malaysia”) bersama dengan affiliiate dan subsidiari lain American International Group, Inc (“AIG”) (secara kolektif dirujuk sebagai “Affliate AIG”) bertekad untuk melindungi privasi individu-individu yang kami bertemu dalam menjalankan perniagaan kami. "Data Peribadi" adalah maklumat yang mengidentifikasikan dan berkaitan dengan anda atau individu lain (seperti orang tanggungan anda). Notis Privasi ini direka unutk memberikan notis dan membantu anda dalam memahami mengapa dan bagaimana AIG Malaysia mengumpul dan mengendalikan Data Peribadi anda, kepada siapa data tersebut dizahirkan, dan kepada siapa permintaan akses data boleh ditujukan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang penggunaan Data Peribadi anda oleh kami anda boleh menghubungi kami di:
AIG Insurance Malaysia Berhad
UP: Customer Care Executive
Level 18, Menara Worldwide,
198 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
Emel: AIGMYCare@aig.com
Telefon: 1800-88-8811
Faks: 603-21180288
Cara utama kami mengumpul Data Peribadi adalah melalui aplikasi dan borang permohonan dan tuntutan berkenaan dengan produk insurans kami, menerusi telefon melalui aplikasi telefon, perkhidmatan elektronik AIG, e-mel dan cara komunikasi lain dengan kami, dan juga dari syarikat insurans lain, penyiasat tuntutan, ahli profesional perubatan, saksi dan/atau pihak ketiga lain yang terlibat dalam urusan perniagaan kami dengan anda.
Kami juga mengumpul Data Peribadi melalui kaedah lain seperti:
Bergantung kepada hubungan anda dengan kami (contohnya, sebagai pemegang polisi konsumer; insured yang bukan pemegang polisi atau penuntut; saksi; broker komersial atau wakil yang dilantik; atau orang lain berkaitan dengan perniagaan kami), Data Peribadi yang dikumpul tentang anda dan tanggungan anda mungkin termasuk:
Prinsip teras kami adalah untuk hanya mengumpul Data Peribadi yang kami percaya adalah relevan dan diperlukan untuk memahami keperluan insurans anda, untuk menjalankan perniagaan kami dan untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan dan produk yang lebih baik.
Tujuan tertentu kami mungkin mengumpul dan menggunakan Data Peribadi termasuk:
Disebabkan oleh sifat global perniagaan kami, bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas kami mungkin memindahkan Data Peribadi kepada pihak-pihak yang terletak di negara-negara lain yang mempunyai rejim perlindungan data yang berbeza daripada yang terdapat di Malaysia. Data Peribadi yang diikumpul oleh AIG Malaysia berkemungkinan akan dipindahkan ke tempat-tempat di luar negara (seperti kepada pusat data AIG atau selamat AIG, Affiliate AIG, pembekal perkhidmatan, rakan perniagaan dan pihak berkuasa kerajaan atau kawal selia) untuk melaksanakan tujuan, atau tujuan berkaitan langsung, yang baginya Data Peribadi dikumpulkan.
AIG Malaysia sediakan Data Peribadi kepada:
Data Peribadi juga mungkin dikongsi oleh anda, pada papan pesanan, laman sembang, muka surat profil dan blog-blog, dan Perkhidmatan Elektronik AIG lain di mana anda mampu mempamerkan maklumat dan bahan. Sila perhatikan bahawa apa-apa maklumat yang anda menghantar atau mendedahkan melalui perkhidmatan ini akan menjadi maklumat awam, dan mungkin tersedia untuk pengunjung dan pengguna Perkhidmatan Elektronik AIG dan kepada orang awam. Kami menggesa anda untuk berhati-hati apabila menentukan untuk mendedahkan Data Peribadi anda, atau apa-apa maklumat lain semasa mengguna Perkhidmatan Elektronik AIG.
AIG Malaysia akan mengambil langkah-langkah teknikal, fizikal, undang-undang dan organisasi yang sesuai dan konsisten dengan undang-undang privasi dan keselamatan data yang berkenaan. Malangnya, tiada penghantaran data atas Internet atau sistem penyimpanan data yang boleh dijamin 100% selamat. Jika anda mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa interaksi anda dengan kami tidak lagi selamat (contohnya, jika anda berasa bahawa keselamatan apa-apa Data Peribadi yang anda mungkin ada dengan kami telah dikompromikan), sila memberitahu kami dengan serta-merta. (Lihat seksyen "Pihak untuk dihubungi berkenaan dengan Data Peribadi anda" di atas.)
Apabila AIG Malaysia menyediakan Data Peribadi kepada sesuatu pembekal perkhidmatan, pembekal perkhidmatan tersebut akan dipilih dengan teliti dan diperlukan untuk menggunakan langkah-langkah yang sesuai untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan Data Peribadi.
AIG Malaysia mengambil langkah-langkah munasabah untuk memastikan bahawa Data Peribadi yang kami proses boleh dipercayai untuk penggunaan yang dimakdsudkan, dan adalah setepat dan lengkap seperti yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang diterangkan dalam Notis Privasi ini. AIG akan menyimpan Data Peribadi untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dibutirkan dalam Notis Privasi ini melainkan satu tempoh penyimpanan yang lebih panjang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.
Jika anda menyediakan Data Peribadi kepada AIG Malaysia mengenai individu-individu lain, anda bersetuju untuk: (a) memberitahu individu tersebut tentang kandungan Notis Privasi ini; dan (b) memperolehi apa-apa persetujuan yang dikehendaki selaras dengan undang-undang untuk penggumpulan, penggunaan, penzahiran dan pemindahan (termasuk pemindahan rentas sempadan) Data Peribadi tentang individu tersebut sejajar dengan Notis Privasi ini.
Kami akan menyediakan anda dengan peluang-peluang berkala untuk memberitahu kami keutamaan pemasaran anda, termasuk dalam komunikasi-komunikasi kami kepada anda. Anda juga boleh menghubungi kami secara e-mel di AIGMYCare@aig.com atau menulis kepada AIG Malaysia Insurance Berhad di Level 18, Menara Worldwide, 198, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur untuk memberitahu kami keutamaan pemasaran anda dan untuk memilih supaya tidak menyertai (“opt-out”).
Jika anda tidak lagi mahu menerima e-mel berkaitan pemasaran dari AIG Malaysia pada masa hadapan, anda boleh memilih untuk tidak hendak menerima e-mel berkaitan pemasaran dengan mengklik pada pautan untuk "unsubscribe" yang disediakan dalam setiap e-mel atau dengan menghubungi kami di alamat-alamat di atas.
Kami bertujuan untuk mematuhi permintaan anda untuk tidak hendak menerima e-mel dalam tempoh masa yang munasabah. Sila perhatikan bahawa jika anda membuat pilihan sedemikian seperti yang diterangkan di atas, kami tidak akan dapat membuang Data Peribadi anda dari pangkalan data pihak ketiga yang kami telah berkongsi Data Peribadi anda (iaitu, kepada mereka yang telah kami memberikan Data Peribadi anda hingga tarikh di mana kami bertindak balas terhadap permintaan anda). Sila juga perhatikan bahawa jika anda buat pilihan untuk tidak hendak menerima komunikasi pemasaran daripada kami, kami mungkin masih akan hantar komunikasi tentang pentadbiran penting lain di mana anda tidak boleh dipilih untuk tidak hendak menerima komunikasi sedemikian.
Dalam negara-negara tertentu, seseorang individu mungkin mempunyai hak untuk akses, membetulkan, membantah penggunaan, atau meminta penghapusan atau penyelindungan Data Peribadi atas alasan-alasan tertentu. Sila hubungi kami seperti yang dinyatakan dalam seksyen "Pihak untuk dihubungi berkenaan dengan Data Peribadi anda" di atas untuk permintaan-permintaan sedemikian atau jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan tentang bagaimana kami proses Data Peribadi. Sila perhatikan bahawa sesetengah Data Peribadi boleh dikecualikan daripada hak untuk akses, membetulkan, membantah penggunaan, atau meminta penghapusan atau penyelindungan selaras dengan undang-undang privasi dan perlindungan data tempatan.
"Maklumat Lain" adalah sebarang maklumat yang tidak mendedahkan identiti khusus anda, seperti:
Kami atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami mungkin mengumpul Maklumat Lain dengan pelbagai cara, termasuk:
Salah satu syarikat-syarikat iklan yang kami gunakan ialah Google, Inc, yang berniaga sebagai DoubleClick. Untuk maklumat lanjutan tentang cookies DoubleClick, atau untuk memilih keluar dari cookies iklan DoubleClick sila lawat: http://www.google.com/privacy/ads/. Anda boleh menolak menerima cookies lain yang kami gunakan dengan melaraskan tetapan pelayar anda. Walau bagaimanapun, jika anda tidak menerima cookies tersebut, anda mungkin mengalami kesulitan dalam penggunaan Perkhidmatan Elektronik AIG dan beberapa produk dalam talian.
Kami menggunakan perkhidmatan analitik Adobe Omniture, yang menggunakan cookies dan isyarat web untuk membantu kami lebih memahami tentang bagaimana laman web kami diguna oleh pengguna jadi kami boleh terus untuk memperbaikinya. Adobe tidak mempunyai hak untuk menggunakan maklumat yang kami menyediakan kepada mereka selain yang perlu untuk membantu kami. Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan Omniture Adobe, termasuk bagaimana untuk memilih keluar (“opt-out”), pergi ke http://www.adobe.com/privacy.html.
Sila perhatikan bahawa kami mungkin menggunakan dan menzahirkan Maklumat Lain untuk sebarang tujuan, kecuali di mana kami dikehendaki untuk melakukan sebaliknya di bawah undang-undang yang berkenaan. Jika kami dikehendaki melayan Maklumat Lain sebagai Data Peribadi di bawah undang-undang berkenaan, maka, sebagai tambahan kepada penggunaan yang tersenarai dalam seksyen "Maklumat Lain yang Kami Kumpul" di atas, kami mungkin mengguna dan menzahirkan Maklumat Lain untuk semua tujuan kami mengguna dan menzahirkan Data Peribadi.
Notis Privasi ini tidak menangani, dan kami tidak bertanggungjawab untuk, privasi, maklumat atau amalan lain-lain pihak ketiga yang lain, termasuk mana-mana pihak ketiga yang mengendalikan mana-mana laman web kepada mana Perkhidmatan Elektronik AIG dihubungkan. Hubungan kepada Perkhidmatan Elektronik AIG tidak bererti pengesahan laman web oleh kami atau oleh syarikat-syarikat kumpulan kami.
Sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab untuk pengumpulan, penggunaan dan penzahiran polisi dan amalan (termasuk amalan keselamatan maklumat) organisasi lain, seperti Facebook®, Twitter®, Apple®, Google®, Microsoft®, RIM / BlackBerry® atau mana-mana pemaju aplikasi, penyedia aplikasi, pembekal platform media sosial, pembekal sistem operasi, pembekal perkhidmatan wayarles atau pengilang peranti elektronik, termasuk apa-apa Data Peribadi yang anda mendedahkan kepada organisasi lain melalui atau berkaitan dengan Perkhidmatan Elektronik AIG.
Perkhidmatan Elektronik AIG tidak ditujukan kepada individu-individu yang berumur 18 ke bawah, dan kami meminta bahawa individu-individu tersebut tidak memberikan Data Peribadi melalui.Perkhidmatan Elektronik AIG.
Kami menyemak Polisi Privasi ini dengan kerap dan rizabkan hak untuk membuat perubahan pada bila-bila masa untuk mengambil kira perubahan dalam perniagaan kami dan keperluan undang-undang. Kami akan memaparkan pengemaskinian tersebut pada Laman ini.
Sila lihat tarikh "LAST UPDATED" di bahagian atas Notis Privasi ini untuk mengetahui tarikh semakan terakhir; sebarang perubahan akan berkuat kuasa serta-merta apabila dipaparkan pada Laman ini.
Di mana terdapat percanggahan antara Notis Privasi versi bahasa Inggeris dan Notis Privasi ini, Notis Privasi versi Bahasa Inggeris hendaklah dipakai.